Daftar Perniagaan di laman sesawang EZBIZ ONLINE?
UNTUK MENJAWAB PERSOALAN "BAGAIMANA?"
Kami menyediakan panduan untuk anda lakukan
pendaftaran perniagaan secara online dengan mudah dan tepat.
PANDUAN PENDAFTARAN PERNIAGAAN ONLINE
Sila layari laman sesawang https://ezbiz.ssm.com.my/
1) Taipkan "username", "password", "verification code", dan tekan "sign in"
2) Tekan "My Business Services" dan pilih "New Business".
3) Sila pilih "Type of Name"/ jenis nama perniagaan anda:
i) Personal Name (Nama dalam Mykad)
Contohnya: Ali Bin Abu
ii) Trade Name (Nama rekaan)
Contohnya: Kedai Makan Ali/ Ali Maju Enterprise
Tips mudah lulus nama perniagaan:
*Format (nama + identiti perniagaan) = ALI ENTERPRISE/PERUSAHAAN ALI
*Format (nama+aktiviti + identiti perniagaan) = ALI FOOD RESOURCES/PERNIAGAAN MAKANAN SEGERA ALI
Sila klik link ini untuk video carian nama
4) "Business Start Date"/ Tarikh mula berniaga
5) "Incentive" adalah untuk pelajar dan sila lampirkan salinan kad pelajar,salinan kad pengenalan, dan surat pengesahan pelajar di ruangan "Attachment"
6) "Registration Period"/ tempoh pendaftaran
7) Sila tetapkan "Yes" pada ruangan "Business Info" dan biarkan ruangan "Status"
8) "NO" pada ruangan "Incubator"
9) Jika berniaga secara "Online"/ atas talian, sila pilih "YES" dan jika tidak "NO"
10) Sila penuhkan alamat perniagaan/ "Business Address" dan alamat surat menyurat/ "Mailing Address"
11) Tekan butang "Next"/seterusnya
12) Sila penuhkan ruangan cawangan/ "Branches Information" jika berkenaan dan tekan butang "Add/Update Branch" dan tekan butang "Next"/seterusnya
13) Sila penuhkan ruangan "Types Of Business"/jenis perniagaan
Contohnya: Menjual makanan dan minuman, membuat dan membekal makanan segera sejuk beku, membekal pati minuman.
14) Sila tekan butang "Add Business Code"
-Isi kata kunci/"keyword" di ruangan kosong dan tekan butang "Search"/ cari
-Sila tandakan pada kotak kosong di sisi kanan untuk kenyataan yang
paling tepat dengan jenis peniagaan anda
-Tekan pada butang "Add Business Code" dan tekan butang "Next"
15) Jika perniagaan anda adalah perniagaan perkongsian/"Partnership", sila penuhkan ruangan "MyKad No"/nombor MyKad dan tekan butang "Add Partner"/tambah rakan kongsi
-Penuhkan maklumat rakan kongsi
-Rakan kongsi perlu "Sign In" akaun ezbiz dan buat pengesahan melalui cara:
i) Tekan "My Business Services"
ii) Tekan "Form A Partner Verification" untuk pendaftaran baru
iii) Tekan "Form B Partner Verification" untuk perubahan maklumat perniagaan
16) Tekan "Preview" dan tekan "Submit Payment", sila selesaikan pembayaran secara "Online"

PERINGATAN!!!
NAMA PERNIAGAAN TIDAK BOLEH DI UBAH SETELAH NAMA PERNIAGAAN TERSEBUT TELAH DILULUSKAN
SETELAH PEMBAYARAN, PERMOHONAN ANDA AKAN DI PROSES DAN PROSES MENGAMBIL TEMPOH 3-14 HARI BEKERJA
BAGAIMANA SAYA HENDAK DAPATKAN SIJIL?
SIJIL PERNIAGAAN ANDA BOLEH DI MUAT TURUN DAN DICETAK SENDIRI
CARA-CARA:
1) Tekan "My Business Services"
i) Tekan "List Of New Business Registration" untuk pendaftaran perniagaan baru
ii) Tekan "List Of Business Changes" untuk perubahan maklumat perniagaan
2) Tekan "Approve/Reject" dan jika melihat nama perniagaan yang di daftarkan sila tekan simbol pen di hujung sisi kanan
3) Sila lihat di bahagian bawah hujung sisi kanan terdapat butang "Download Certificate"/sijil perniagaan dan "Download Business Info"/maklumat perniagaan
PERINGATAN!!!
SIJIL HANYA BOLEH DI MUAT TURUN/DOWNLOAD DALAM TEMPOH 14 HARI SAHAJA SELEPAS TARIKH DI LULUSKAN
Comments
Post a Comment